Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan akan mengadakan SEMINAR HUKUMAN SEBAT SYARIAH sempena program Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan 1431H/2010M bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu pada 09hb. Ramadhan 1431H bersamaan 19hb. Ogos 2010M (KHAMIS) bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tengahari. Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
Program ini merupakan program tahunan yang dirangka untuk menerapkan pendidikan undang-undang kepada masyarakat. Melalui program ini, diharapkan masyarakat mendapat penjelasan yang tepat dan tidak terkeliru dalam memahami sesuatu isu. Fokus tahun ini adalah berkenaan dengan hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah. Isu ini mula menjadi polemik hangat apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang wanita Islam di atas kesalahan meminum arak. Sejak itu, pelbagai tafsiran telah dilontarkan oleh pelbagai pihak mengenai isu ini.
Seminar ini akan membentangkan 3 kertas kerja dan 1 slot demonstrasi sebagaimana berikut :-
Kertas Kerja I : Hukuman Sebat Dari Perspektif Islam
Yang Berbahagia
Dato’ Hj. Md. Saleh. B. Hj. Ahmad
Felow Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kertas Kerja II
Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan di Negeri Kelantan
Yang Amat Arif,
Dato’ Aria Diraja Hj. Daud bin Muhammad,
Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan
Kertas Kerja III
Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Cabaran dan Penyelesaian
Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa
Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Seksyen Syariah),
Jabatan Peguam Negara
DEMONSTRASI HUKUMAN SEBAT SIVIL & SYARIAH
Jabatan Penjara Malaysia
Penyertaan seminar terbuka kepada semua orang awam dan tiada sebarang yuran dikenakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment